Saturday, April 7, 2012

Bliss: Penghias skrin default window XP

Ramai antara kita yang cukup familiar dengan landscape ikonik yang menjadi setting default bagi penghias skrin pengguna perisian window XP (2006). Tapi pernahkah korang terfikir dari mana terilhamnya gambaran tersebut. Adakah ianya ilustri artis grafik atau pun foto dunia nyata.

Bliss, Window XP (2006)

Penghias skrin “default” bagi window XP yang dinamakan “Bliss” itu adalah manipulasi foto pemandangan di Sonoma County, California yang dijana menjadi imej bitmap. Foto itu dirakamkan oleh jurufoto National Geographic, Charles O’Rear (1941) pada tahun 1996 sewaktu memandu melewati kawasan ladang wine di Sonoma Valley. Tertarik dengan permandangan di sekelilingnya, dia mehentikan kereta & kemudianya memanjat pagar ladang Wine (anggur) untuk merakamkan gambar dari sudut sepertimana yang terlihat pada imej “Bliss”.

Ironinya gambar tersebut dibeli oleh pihak Microsoft Corp. bagi kegunaan imej penghias skrin sedekad kemudianya pada 2006. Walaupun bagi Charles bayaran (USD200m) yang diterimanya untuk pembelian hakmilik dari Microsoft Corp. adalah antara bayaran termahal dalam karier nya namun dia sendiri tidak permah melihat imejan itu pada paparan skrin komputer nya berikutan beliau menggunakan peranti MAC (Apple Inc.)

Gambar Sonoma Valley pada 2006

Oleh kerana pada setting pengguna XP di Denmark menamakan imej tersebut sebagai “Ireland” maka kekeliruan terjadi pada pengguna disana apabila ramai yang beranggapan imej tersebut dirakamkan di Ireland.

Charles O’Rear

Dilahirkan pada 1941 dikenali sebagai jurugambar bagi penghasilan wine & imej Bliss yang digunakan sebagai imej penghias skrin window XP. Pada 1970 beliau menyumbang hasil fotografinya pada projek Environmental Proctection Agency’s, DOCUMERICA. Beliau juga berkhidmat sebagai jurufoto di National Geographic selama 25 tahun.

Pada 1978 beliau menfokuskan subjek fotografinya yang bermula sebagai tugasan kerjanya, iaitu penghasilan wine di Napa Valley yang mana kemudianya beliau berpindah kesana dan merakamkan gambar produksi wine di seluruh dunia. Beliau sepanjang kariernya menghasilkan 7 buah buku berkenaan penghasilan wine.

Charles berlatar belakang kan landskap imej beliau,
Sonoma Valley, California & Bliss

No comments:

Post a Comment