Wednesday, March 28, 2012

Hugo Jaeger : Jurufoto the fuhrer Hitler

Umum cukup mengenali figura bernama Adolf Hitler & regim pemerintahanya, Nazi. Satu janaan imej yang cukup besar & gah pada eranya. Hitler adalah orang yang bertanggungjawab membina imej German sebagai satu kuasa besar dalam era peperangan dunia (WW2) dimana watak penghapus etnik yahudi dipikul oleh Adolf & tentera swastika Nazi-nya.

Tapi ramai yang tidak mengenali personal yang bertanggungjawab menterjemah imej the fuhrer ini keatas kertas yang mana kemudianya menjadi tatapan umum. Hitler mempunyai barisan jurugambar nya sendiri.

Hugo Jaeger adalah antara nama yang mengisi barisan jurugambar peribadi the fuhrer. Uniknya jurugambar berdarah Austria kelahiran German ini adalah beliau antara beberapa orang jurugambar dalam kelompok minoriti yang menggunakan teknik foto berwarna pada waktu itu.

Hugo mula berkhidmat dengan Hitler pada tahun 1936 hingga tamatnya perang dunia ke-2 pada 1945. Tidak sepertimana seorang lagi jurugambar Hitler, Heinrich Hoffman, Hugo diberi perkhususan untuk merakamkan gambar berwarna bagi rencana “Propaganda Nazi” selain gambar-gambar peribadi Hitler sendiri.

Pada 1945 sewaktu perang dunia hampir tamat, Hugo bertindak menyembunyikan filem-filem gambar Hitler kedalam satu beg kulit hitam. Bimbang jika ditemukan filem-filem tersebut oleh pihak tentera Amerika maka diketahui akan hubungan rapat beliau dengan the fuhrer berkemungkinan beliau akan dibunuh. Namun nasib menyebelahi beliau apabila saat ketika tentera mengeledah rumanhnya & beg kulit tersebut. Apa yang menjadi perhatian tentera-tentera tersebut adalah sebotol Cognac (arak) yang diletak bersama didalam beg tersebut. Tentera itu kemudianya mengambil cognac tersebut & minum bersama Hugo sementara beg yang mengandungi filem-filem itu dicampak.

Hugo kemudianya menanam gambar-gambar tersebut didalam 12 balang diluar kota Munich. Untuk beberapa tahun kemudiannya Hugo datang untuk memeriksa gambar-gambar tersebut bagi memastikan keselamatanya. 10 tahun kemudian pada 1955, Hugo memindahkanya kedalam peti simpanan di bank.

Evita Braun, perempuan Hitler

Pejabat di kediaman Hitler

Pada 1965 Hugo menjual hak penyiaran gambar-gambar tersebut pada majalah Life. Lanjutan dari hak penyiaran tersebut pada 2009 gambar-gambar Hitler & era pemerintahanya di muat turun dalam laman web Life.com sempena ulangtahun ke 65 D-day. 4 galeri gambar disediakan bagi penyiaran tersebut.

Antara karya Hugo Jaeger yang terkenal selain gambar-gambar Hitler & nazi adalah Kutno ghetto iaitu gambar yang memaparkan kehidupan setinggan di German waktu itu.

Hatfeld, Austria 1945

Yahudi di Kutno Ghetto

Hugo Jaeger

No comments:

Post a Comment