Bouldering dilakukan pada ketinggian kurang dari 5 meter, sebarang pendakian melebihi ketinggian 7 meter dikira sebagai free soloing ataupun “high balls bouldering”. Bagi acara bouldering akan ada crash pad / bouldering mat disediakan sebagai tempat jatuh.
Bouldering boleh dilakukan secara outdoor pada dinding batu semulajadi, contohnya di Wira Damai & Nanyang Wall di Batu Caves ataupun indoor pada dinding buatan yang disediakan di pusat-pusat rekreasi contohnya di Pusat rekreasi Putrajaya & Camp 5
Sejarah
Sejarah Bouldering direkodkan seawal suku akhir kurun ke 19 di England, Perancis & Italy. Oscar Eckenstein seorang jurutera & climber dari England mencatatkan tentang Bouldering dalam buku tulisan pada tahun 1890s. Beliau juga menganjurkan pertandingan Bouldering untuk kaum Askole di pergunungan Karakoram.
Untuk tahun-tahun berikutnya Bouldering dianggap sebagai latihan & permainan bagi climbers. Pada 1930 – 1940, Pierre Allain & rakan-rakannya secara persendirian melakukan bouldering di Fountainebleau yang dianggap syurga bagi para climbers. Individu yang bertanggungjawab menjadikan Bouldering diterima sebagai sukan ramai & tidak tertakluk pada tempat tertentu adalah seorang ahli matematik & gimnas, John Gill.
Asas Bouldering & peralatan
Bouldering adalah acara yang menfokuskan skil individual dalam menawan & mendaki batuan yang memerlukan kekuatan & dinamik dalam pegerakan berbanding dengan pendakian biasa. Halangan dalam pendakian disebut sebagai “problems” ( terma yang mula digunakan oleh pendaki british).
Spotterz adalah individu yang bertanggungjawab dalam menyelia pengerakan climbers dari bawah & membantu dalam menyediakan bouldering mat / crash pad ke tempat dimana climbers jatuh dalam usaha menyerap jatuhan & mengelakkan hentakan pada kepala climbers. Fungsi spotterz adalah sama seperti belayer dalam wall climbing.
Peralatan asas bagi bouldering adalah kasut mendaki, kapur, berus nylon yang digunakan untuk membersihkan lubang yang menjadi tempat berpegang (outdoor kebiasaanya) & tilam ataupun dipanggil sebagai boudering mat / crash pad.
No comments:
Post a Comment