Wednesday, March 28, 2012

James & Mariana, setelah 50 tahun


Setelah selesai eksplorasi

Setelah lebih 5 dekad dari eksplorasi terakhir pada 1960 oleh Capt. Don Walsh & jurutera dari Switzeland, Jaques Piccard, Mariana trench berjaya ditawan secara solo oleh pengarah terkenal Hollywood James Cameron (The Abyss, Titanic, Avatar & Sanctum) dengan usaha sama dari National Geographic & Rolex pada tarikh March 25, 2012.

Deep sea challenge


Berbanding dengan eksplrosi oleh Capt. Don Walsh & Jaque Piccard pada Januari 1960 yang mengambil masa 9 jam penerokaan sebelum kembali ke dock. Eskplorasi ke jurang terdalam dunia kali ini pada awalnya dirancang selama 6 jam bagi J.Cameron mengumpul imej & sampel hidupan di dasar lautan dalam itu. Namun berikutan kerosakan teknikal (kebocoran tangki hidraulik) pada kapal selam Deep Sea Challenge yang menyebabkan visual pada kokpit pilot kabur, maka masa eksplorasi terpaksa dipendekkan kepada 3 jam.

Capt. Don Walsh & Jaque Piccard

Januari 1960

Setelah 9 jam penerokaan

Deep Sea Challenge dikesan terapung oleh helikopter milik Paul Allen pengasas Microsoft Corp. yang merupakan rakan pada J.Cameron & turut serta dalam ekspidisi ini dari kapal persiaran peribadi milik beliau, Octopus. Segala perkembangan ekspidisi dicatat oleh Paul pada laman sosial twitternya.

Tweet oleh P.Allen

Jurang Mariana

Jurang Mariana merupakan jurang terdalam di dunia dengan kedalaman 10’994 meter / 36’069 kaki berlokasi di Timur Mindanao, Filipina. Jurang ini juga membentuk sempadan antara 2 plat tektonik diantara plat pasifik & plat Filipina.

Dengan kedalaman 11 kilometer bawah paras laut jika dibandingkan dengan ketinggian Everest iaitu puncak tertinggi dunia yang berketinggian 8 kilometer atas paras laut, jelas Mariana lebih tinggi .

Perbandingan ketinggian dalam meter

Ukur kelebaran jurang mariana adalah 69 kilometer & sepanjang 2550 kilometer. Tekanan pada dasarnya mampu mencapai sehingga 108.6 MPa


No comments:

Post a Comment