Saturday, April 7, 2012

Bliss: Penghias skrin default window XP

Ramai antara kita yang cukup familiar dengan landscape ikonik yang menjadi setting default bagi penghias skrin pengguna perisian window XP (2006). Tapi pernahkah korang terfikir dari mana terilhamnya gambaran tersebut. Adakah ianya ilustri artis grafik atau pun foto dunia nyata.

Bliss, Window XP (2006)

Penghias skrin “default” bagi window XP yang dinamakan “Bliss” itu adalah manipulasi foto pemandangan di Sonoma County, California yang dijana menjadi imej bitmap. Foto itu dirakamkan oleh jurufoto National Geographic, Charles O’Rear (1941) pada tahun 1996 sewaktu memandu melewati kawasan ladang wine di Sonoma Valley. Tertarik dengan permandangan di sekelilingnya, dia mehentikan kereta & kemudianya memanjat pagar ladang Wine (anggur) untuk merakamkan gambar dari sudut sepertimana yang terlihat pada imej “Bliss”.

Ironinya gambar tersebut dibeli oleh pihak Microsoft Corp. bagi kegunaan imej penghias skrin sedekad kemudianya pada 2006. Walaupun bagi Charles bayaran (USD200m) yang diterimanya untuk pembelian hakmilik dari Microsoft Corp. adalah antara bayaran termahal dalam karier nya namun dia sendiri tidak permah melihat imejan itu pada paparan skrin komputer nya berikutan beliau menggunakan peranti MAC (Apple Inc.)

Gambar Sonoma Valley pada 2006

Oleh kerana pada setting pengguna XP di Denmark menamakan imej tersebut sebagai “Ireland” maka kekeliruan terjadi pada pengguna disana apabila ramai yang beranggapan imej tersebut dirakamkan di Ireland.

Charles O’Rear

Dilahirkan pada 1941 dikenali sebagai jurugambar bagi penghasilan wine & imej Bliss yang digunakan sebagai imej penghias skrin window XP. Pada 1970 beliau menyumbang hasil fotografinya pada projek Environmental Proctection Agency’s, DOCUMERICA. Beliau juga berkhidmat sebagai jurufoto di National Geographic selama 25 tahun.

Pada 1978 beliau menfokuskan subjek fotografinya yang bermula sebagai tugasan kerjanya, iaitu penghasilan wine di Napa Valley yang mana kemudianya beliau berpindah kesana dan merakamkan gambar produksi wine di seluruh dunia. Beliau sepanjang kariernya menghasilkan 7 buah buku berkenaan penghasilan wine.

Charles berlatar belakang kan landskap imej beliau,
Sonoma Valley, California & Bliss

Wednesday, March 28, 2012

Hugo Jaeger : Jurufoto the fuhrer Hitler

Umum cukup mengenali figura bernama Adolf Hitler & regim pemerintahanya, Nazi. Satu janaan imej yang cukup besar & gah pada eranya. Hitler adalah orang yang bertanggungjawab membina imej German sebagai satu kuasa besar dalam era peperangan dunia (WW2) dimana watak penghapus etnik yahudi dipikul oleh Adolf & tentera swastika Nazi-nya.

Tapi ramai yang tidak mengenali personal yang bertanggungjawab menterjemah imej the fuhrer ini keatas kertas yang mana kemudianya menjadi tatapan umum. Hitler mempunyai barisan jurugambar nya sendiri.

Hugo Jaeger adalah antara nama yang mengisi barisan jurugambar peribadi the fuhrer. Uniknya jurugambar berdarah Austria kelahiran German ini adalah beliau antara beberapa orang jurugambar dalam kelompok minoriti yang menggunakan teknik foto berwarna pada waktu itu.

Hugo mula berkhidmat dengan Hitler pada tahun 1936 hingga tamatnya perang dunia ke-2 pada 1945. Tidak sepertimana seorang lagi jurugambar Hitler, Heinrich Hoffman, Hugo diberi perkhususan untuk merakamkan gambar berwarna bagi rencana “Propaganda Nazi” selain gambar-gambar peribadi Hitler sendiri.

Pada 1945 sewaktu perang dunia hampir tamat, Hugo bertindak menyembunyikan filem-filem gambar Hitler kedalam satu beg kulit hitam. Bimbang jika ditemukan filem-filem tersebut oleh pihak tentera Amerika maka diketahui akan hubungan rapat beliau dengan the fuhrer berkemungkinan beliau akan dibunuh. Namun nasib menyebelahi beliau apabila saat ketika tentera mengeledah rumanhnya & beg kulit tersebut. Apa yang menjadi perhatian tentera-tentera tersebut adalah sebotol Cognac (arak) yang diletak bersama didalam beg tersebut. Tentera itu kemudianya mengambil cognac tersebut & minum bersama Hugo sementara beg yang mengandungi filem-filem itu dicampak.

Hugo kemudianya menanam gambar-gambar tersebut didalam 12 balang diluar kota Munich. Untuk beberapa tahun kemudiannya Hugo datang untuk memeriksa gambar-gambar tersebut bagi memastikan keselamatanya. 10 tahun kemudian pada 1955, Hugo memindahkanya kedalam peti simpanan di bank.

Evita Braun, perempuan Hitler

Pejabat di kediaman Hitler

Pada 1965 Hugo menjual hak penyiaran gambar-gambar tersebut pada majalah Life. Lanjutan dari hak penyiaran tersebut pada 2009 gambar-gambar Hitler & era pemerintahanya di muat turun dalam laman web Life.com sempena ulangtahun ke 65 D-day. 4 galeri gambar disediakan bagi penyiaran tersebut.

Antara karya Hugo Jaeger yang terkenal selain gambar-gambar Hitler & nazi adalah Kutno ghetto iaitu gambar yang memaparkan kehidupan setinggan di German waktu itu.

Hatfeld, Austria 1945

Yahudi di Kutno Ghetto

Hugo Jaeger

James & Mariana, setelah 50 tahun


Setelah selesai eksplorasi

Setelah lebih 5 dekad dari eksplorasi terakhir pada 1960 oleh Capt. Don Walsh & jurutera dari Switzeland, Jaques Piccard, Mariana trench berjaya ditawan secara solo oleh pengarah terkenal Hollywood James Cameron (The Abyss, Titanic, Avatar & Sanctum) dengan usaha sama dari National Geographic & Rolex pada tarikh March 25, 2012.

Deep sea challenge


Berbanding dengan eksplrosi oleh Capt. Don Walsh & Jaque Piccard pada Januari 1960 yang mengambil masa 9 jam penerokaan sebelum kembali ke dock. Eskplorasi ke jurang terdalam dunia kali ini pada awalnya dirancang selama 6 jam bagi J.Cameron mengumpul imej & sampel hidupan di dasar lautan dalam itu. Namun berikutan kerosakan teknikal (kebocoran tangki hidraulik) pada kapal selam Deep Sea Challenge yang menyebabkan visual pada kokpit pilot kabur, maka masa eksplorasi terpaksa dipendekkan kepada 3 jam.

Capt. Don Walsh & Jaque Piccard

Januari 1960

Setelah 9 jam penerokaan

Deep Sea Challenge dikesan terapung oleh helikopter milik Paul Allen pengasas Microsoft Corp. yang merupakan rakan pada J.Cameron & turut serta dalam ekspidisi ini dari kapal persiaran peribadi milik beliau, Octopus. Segala perkembangan ekspidisi dicatat oleh Paul pada laman sosial twitternya.

Tweet oleh P.Allen

Jurang Mariana

Jurang Mariana merupakan jurang terdalam di dunia dengan kedalaman 10’994 meter / 36’069 kaki berlokasi di Timur Mindanao, Filipina. Jurang ini juga membentuk sempadan antara 2 plat tektonik diantara plat pasifik & plat Filipina.

Dengan kedalaman 11 kilometer bawah paras laut jika dibandingkan dengan ketinggian Everest iaitu puncak tertinggi dunia yang berketinggian 8 kilometer atas paras laut, jelas Mariana lebih tinggi .

Perbandingan ketinggian dalam meter

Ukur kelebaran jurang mariana adalah 69 kilometer & sepanjang 2550 kilometer. Tekanan pada dasarnya mampu mencapai sehingga 108.6 MPa


Monday, March 26, 2012

Bouldering

Bouldering adalah salah satu cabang dari sukan mendaki / rock climbing yang mana pendakian adalah secara “free body” tanpa bantuan alatan keselamatan & memanjat seperti tali, harness etc. Konsepnya adalah seperti “free soloing” tapi yang membezakan antara boudering & free soloing adalah ketinggian yang dipanjat.


Bouldering dilakukan pada ketinggian kurang dari 5 meter, sebarang pendakian melebihi ketinggian 7 meter dikira sebagai free soloing ataupun “high balls bouldering”. Bagi acara bouldering akan ada crash pad / bouldering mat disediakan sebagai tempat jatuh.

Bouldering boleh dilakukan secara outdoor pada dinding batu semulajadi, contohnya di Wira Damai & Nanyang Wall di Batu Caves ataupun indoor pada dinding buatan yang disediakan di pusat-pusat rekreasi contohnya di Pusat rekreasi Putrajaya & Camp 5


Sejarah

Sejarah Bouldering direkodkan seawal suku akhir kurun ke 19 di England, Perancis & Italy. Oscar Eckenstein seorang jurutera & climber dari England mencatatkan tentang Bouldering dalam buku tulisan pada tahun 1890s. Beliau juga menganjurkan pertandingan Bouldering untuk kaum Askole di pergunungan Karakoram.

Oscar Eckenstein

Untuk tahun-tahun berikutnya Bouldering dianggap sebagai latihan & permainan bagi climbers. Pada 1930 – 1940, Pierre Allain & rakan-rakannya secara persendirian melakukan bouldering di Fountainebleau yang dianggap syurga bagi para climbers. Individu yang bertanggungjawab menjadikan Bouldering diterima sebagai sukan ramai & tidak tertakluk pada tempat tertentu adalah seorang ahli matematik & gimnas, John Gill.

Asas Bouldering & peralatan

Bouldering adalah acara yang menfokuskan skil individual dalam menawan & mendaki batuan yang memerlukan kekuatan & dinamik dalam pegerakan berbanding dengan pendakian biasa. Halangan dalam pendakian disebut sebagai “problems” ( terma yang mula digunakan oleh pendaki british).

Spotterz adalah individu yang bertanggungjawab dalam menyelia pengerakan climbers dari bawah & membantu dalam menyediakan bouldering mat / crash pad ke tempat dimana climbers jatuh dalam usaha menyerap jatuhan & mengelakkan hentakan pada kepala climbers. Fungsi spotterz adalah sama seperti belayer dalam wall climbing.

Indoor bouldering

Peralatan asas bagi bouldering adalah kasut mendaki, kapur, berus nylon yang digunakan untuk membersihkan lubang yang menjadi tempat berpegang (outdoor kebiasaanya) & tilam ataupun dipanggil sebagai boudering mat / crash pad.

Bouldering mat / crash pad


Dan Osman (1963 - 1998)

Dan Eugene Osman personal lagenda acara sukan climbing berdarah Japanese-American dilahirkan pada Febuari 11, 1963. Dikenali dengan penglibatanya dalam acara ekstrim & membahaya seperti “Free soloing” (mendaki cenuram tanpa alatan mendaki & keselamatan), “Rope free flying” & “Free jumping” (lompatan bebas dari tebing).

Dan Osman

“DanO” berkemampuan memanjat secara free soloing pada ketinggian 400 kaki dalam jangka masa 4 minit. Rekod ketinggian beliau dalam free jumping melebihi 1000 kaki / 300 m. DanO dikenali ramai dengan aksi-aksi beliau dalam filem / video arahan Eric Perlman.

Tanggal November 23, 1998 merupakan tarikh tragik kematian DanO. Dimana dia gagal dalam aksi “control fee fall” di formasi batuan Leaning Tower, Yosimate National Park. Dikatakan tali yang digunakan dalam aksi tersebut putus.

DanO signature act "The Flag"

Chris Harmston dari unit kawalan kualiti Black Diamond Equipment (jenama tali) menyimpulkan perubahan sudut pada tempat lompatan menyumbang pada punca tali yang digunakan bersilang & bersimpul menyebabkan ianya untuk memotong sehingga putus. Manakala menurut Miles Daisher, rakan acara DanO yang berada bersama ketika kejadian mengatakan punca kerosakan tali adalah disebabkan penggunaan tali yang terdedah pada cuaca yang tak menentu & kerap dalam acara sebelumnya (tali yang sama).

R.I.P





Saturday, August 27, 2011

Nur Hikmah

Wahh lama rasenya x melepak kat sini ... since blogspot kena block balik kt ofis ... Sebulan berpose ni kurang aktiviti luar/lasak dilakukan so kurang act nak share kat sini ... Anyway ramadhan tahun ni betol2 bermakna buat aku ...

Share skit a snap for my projek sempena ramadhan ... Projek amal anak yatim Impian golf & country club .. Gambar2 ni adalah for slide presentation purpose ....

3 beradik

Ciuman kasih ibu

Impian & harapan

Photoshoot ni aku buat pada sebelah petang seminggu sebelum event ... dan kami agak sedikit terlewat dari di rencanakan ... waktu aku smpai anak2 yatim ni bersiap untuk ke majlis berbuke pose ...

Earlier pihat pengurusan dah berikan gambar untuk dijadikan slide ... But then since the picture provide agak kureng so aku request for a photoshoot ... n the task was to suits the pictures with the theme which happened to be lagu Sendiri - Jamal Abdillah ...

I've already sketch in my mind for what i want for my slide, what kind of pic it will be to suits the song .. Eventhough it doesnt meet my plan, 80% was achieved ...


Sendiri

Bersiap ke majlis

Alhamdulillah my slide presentation got a positive review masa malam event tu ... Puas hati bile tengok ada air mata bercucuran ... At least aku tau masih ada jiwa pada mereka ... Secebis petikan qalamullah aku tinggalkan buat mereka sebagai penutup slide ...

"Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim,
(malah kamu menahan apa yang Dia berhak menerimanya)" Al-Fajr:17








Tuesday, June 21, 2011

Samz Adventure

Design logo untuk Abg Samz punye kedai di Uptown Jalan Reko ... Yabg mana untuk draft asal aku gunakan "geko" sebagai perlambangan (actually perlambangan biase bg outdoor) but then requested untuk tukar pada scorpion since Abg Samz punye zodiak was scorpio ....

Draft awal (Geko)

2nd draft

Finale logo
Simple as it was mend for bussines